Monday, August 16, 2021

WANITA ITU TIDAK SEMESTINYA MENUNTUT DAN MEMPERTAHANKAN HAKNYA

 

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi tidak dihargai oleh suami?!!!

Jarang-jarang, kadang-kadang atau selalu?!!

Sedih tak? Atau anda sudah tekal dengan situasi sebegini?

Sudah tidak kisah kerana apapun perasaan anda ketika itu anda tidak akan dipedulikan.

Akhirnya anda letih sendiri…abaikan perasaan yang terguris dan sedih, kembali kepada normal, ketepikan semua kesedihan dan keterasaan hati itu.

Tapi…biar apapun, hati seorang perempuan…pastinya semua itu akan disimpan jauh di sudut hati yang amat dalam…Ya Allah..kuatkanlah hati kami untuk terus tabah dan bersabar…

 

Hak seorang isteri…haruskan dipertahankan?! haruskah dizahirkan?!!

Lucu juga bila difikirkan bahawa mereka tahu hak-hak mereka tetapi tidak pernah merasai hak itu dan tidak berdaya untuk menuntutnya.

Nafkah zahir?!! Batin?!!

Faham…walaupun isteri bekerja dan punya pendapatan, namun haknya janganlah diabaikan

Utamakan kesukaannya, jaga perasaannya….

Betul, ia sukar dipenuhi mungkin kerana tiada kemampuan

Tapi jika keperluan orang lain boleh dipenuhi…apakah persoalan sebenarnya?

Meminta izin untuk mendua dengan alasan berkemampuan….Allahuakbar…kemampuan apakah yang sedang diperdebatkan jika yang ada di depan mata, yang berkongsi hidup selama berpuluh purnama tidak pernah dizahirkan haknya..Ahhhh…memang dunia ini sangat tidak adil….

Tidak semua isteri suka meminta dan menzahirkan keinginannya…dia hanya berserah dan menyimpan keinginannya..memang mampu untuk memliki sendiri hajat hati tapi mungkin akan lebih berbunga jika itu adalah pemberiaan drpd suami tercinta walaupun hanya sekadar sepasang persalinan dengan harga yang paling murah, sebentuk cincin tiruan yang seiras emas putih yang diinginkan?!!

Wan Ita

6 Ogos 2021