Pernahkah anda berhadapan
dengan situasi tidak dihargai oleh suami?!!!
Jarang-jarang, kadang-kadang
atau selalu?!!
Sedih tak? Atau anda sudah
tekal dengan situasi sebegini?
Sudah tidak kisah kerana
apapun perasaan anda ketika itu anda tidak akan dipedulikan.
Akhirnya anda letih sendiri…abaikan
perasaan yang terguris dan sedih, kembali kepada normal, ketepikan semua
kesedihan dan keterasaan hati itu.
Tapi…biar apapun, hati
seorang perempuan…pastinya semua itu akan disimpan jauh di sudut hati yang amat
dalam…Ya Allah..kuatkanlah hati kami untuk terus tabah dan bersabar…
Hak seorang isteri…haruskan
dipertahankan?! haruskah dizahirkan?!!
Lucu juga bila difikirkan
bahawa mereka tahu hak-hak mereka tetapi tidak pernah merasai hak itu dan tidak
berdaya untuk menuntutnya.
Nafkah zahir?!! Batin?!!
Faham…walaupun isteri bekerja
dan punya pendapatan, namun haknya janganlah diabaikan
Utamakan kesukaannya, jaga
perasaannya….
Betul, ia sukar dipenuhi
mungkin kerana tiada kemampuan
Tapi jika keperluan orang
lain boleh dipenuhi…apakah persoalan sebenarnya?
Meminta izin untuk mendua
dengan alasan berkemampuan….Allahuakbar…kemampuan apakah yang sedang
diperdebatkan jika yang ada di depan mata, yang berkongsi hidup selama berpuluh
purnama tidak pernah dizahirkan haknya..Ahhhh…memang dunia ini sangat tidak
adil….
Tidak semua isteri suka
meminta dan menzahirkan keinginannya…dia hanya berserah dan menyimpan
keinginannya..memang mampu untuk memliki sendiri hajat hati tapi mungkin akan
lebih berbunga jika itu adalah pemberiaan drpd suami tercinta walaupun hanya
sekadar sepasang persalinan dengan harga yang paling murah, sebentuk cincin
tiruan yang seiras emas putih yang diinginkan?!!
Wan Ita
6 Ogos 2021